Thursday, February 24, 2022

EXPLORATION OF COMMUNITY BASED TOURISM

 

21 Mac 2019 - Pelajar pengurusan Pelancongan Semester 5 (DUP 5A) telah menjayakan program "Exploration if Community Based Tourism" bertempat di Sungai Besar, Selangor dengan kerjasama komuniti penduduk Parit 61/2 Sungai Besar yang telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 19 hingga 21 Mac 2019 dibawah seliaan pensyarah Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, Puan Noradilah Abas dan Puan Nur Fadillah Mat Ariffin. 

Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program adalah explorace, mencating batik, meraut daun kelapa, mengukur kelapa dan membuat orang-orang. Pelajar juga telah didedahkan dengan teknik menangkap ikan secara tradisional menggunakan joran buluh serta menggagau ikan. Selain daripada itu pelajar juga turut didedahkan tentang tatacara menguruskan sebuah Homestay oleh pihak industri dan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti.




Tuesday, February 15, 2022

LAWATAN PENGARAH KE JPH

 

9.2.2022 - Lawatan ramah mesra Tuan Pengarah PMS, Tuan Haji Che Alias Mohd Yusof ke Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) untuk beramah mesra dengan staf di JPH dan melihat keadaan fasiliti yang terdapat di jabatan berkenaan. Turut hadir bersama beliau adalah Timbalan Pengarah Akademik, Tuan Haji Zulkfli Md Yusoff.



TAHNIAH SAHABAT