8 Jun 2022 - Telah berlangsung Pertandingan Inovasi Projek Akhir (FYP) Pelajar Semester 5 JPH iaitu Program Innovation in Tourism Education Competition Via Exhibition (ITE-COVEX) bertempat di Dewan Sri Gading, Politeknik Muadzam Shah.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, Tuan Haji Che Alias bin Mohd Yusof dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timabalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, En Harulnizam bin Mohamad.
Barisan juri jemputan adalah terdiri daripada Penasihat INdustri PMS, Puan Muwaddatul Izzah binti M Nasir, Pengurus Besar PPNJ Travel n Tours, En Kharim bin Abdul Hamid, pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan dan En Rizal bin Mohd Sohud, Pemilik Rumah Rakit Amaraisya Rompin.
Pengarah program adalah penyelaras projek JPH, Cik Norsuriaty Sopi dan Pn Nuradilah Abas beserta semua pensyarah JPH, PMS yang telah bertindak sebagai Ahli Jawatankuasa.
Tahniah diucapkan.
No comments:
Post a Comment