Gambar kenangan staf Jabatan Pelancongan & Hospitaliti pada tahun 2019 bersama Ketua Jabatan, En. Rasidi Hazman.
Gambar kenangan staf Jabatan Pelancongan & Hospitaliti pada tahun 2019 bersama Ketua Jabatan, En. Rasidi Hazman.
8 Jun 2022 - Telah berlangsung Pertandingan Inovasi Projek Akhir (FYP) Pelajar Semester 5 JPH iaitu Program Innovation in Tourism Education Competition Via Exhibition (ITE-COVEX) bertempat di Dewan Sri Gading, Politeknik Muadzam Shah.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah, Tuan Haji Che Alias bin Mohd Yusof dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Timabalan Pengarah Akademik, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik dan Ketua Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti, En Harulnizam bin Mohamad.
Barisan juri jemputan adalah terdiri daripada Penasihat INdustri PMS, Puan Muwaddatul Izzah binti M Nasir, Pengurus Besar PPNJ Travel n Tours, En Kharim bin Abdul Hamid, pensyarah Politeknik Ibrahim Sultan dan En Rizal bin Mohd Sohud, Pemilik Rumah Rakit Amaraisya Rompin.
Pengarah program adalah penyelaras projek JPH, Cik Norsuriaty Sopi dan Pn Nuradilah Abas beserta semua pensyarah JPH, PMS yang telah bertindak sebagai Ahli Jawatankuasa.
Tahniah diucapkan.
30 Mei 2022 - Program Sukarelawan Road to Better Bukit Ridan pada hari ini dianjurkan oleh pelajar semester 5 Diploma Pelancongan Rekreasi, Politeknik Muadzam Shah dibawah bimbingan Pn. Nur Shafinda Wani Shaikh Azmee dan Cik Nur Fadhilah Zaharin bekerjasama dengan Pejabat Hutan Daerah Rompin.
Seramai 49 orang pelajar, 4 orang pensyarah pengiring dan 5 Renjer Hutan menyertai program dengan mendaki Bukit Ridan sambil menyumbang tenaga dalam menambahbaik Bukit Ridan sebagai Edu Forest (Hutan Pendidikan).
Pelajar menyumbang tenaga mereka dalam menghasilkan papan tanda pokok-pokok yang bernilai sebagai kesedaran kepada pengunjung yang hadir ke sana di samping menimba ilmu dalam program alam sekitar.
Selain itu, program ini dapat memberi pendedahan kepada sukarelawan terhadap tanggungjawab sebagai ahli sukarelawan dan memberi pengalaman kepada pelajar DRT 5A untuk mempelajari kaedah menguruskan sesuatu program sukarelawan yang boleh dipraktikkan pada masa akan datang.