Sunday, January 16, 2022

TINJAUAN PENGARAH AKTIVITI JPH

 

Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Haji Hassan Ismail bersama Timbalan Pengarah Akademik, Dr Abd Rahim Awang sempat membuat tinjauan akademik ke JPH bagi melihat aktiviti kayak bagi kursus DTO 1023 Recreational Operation semester 1, Diploma Pelancongan Rekreasi.

Wednesday, January 12, 2022

UCAPAN TAHNIAH

 

Ucapan Tahniah diucapkan kepada En. Khairulnizam Bin Mohamad atas perlantikan sebagai Ketua Jabatan Pelancongan & Hospitaliti Politeknik Muadzam Shah. Semoga JPH akan terus cemerlang dibawah kepimpinan beliau dan diucapkan selamat menjalankan tugas sebagai Ketua Jabatan.

Monday, January 10, 2022

PROGRAM EKSPLORASI KHAZANAH LAUT

 

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PMS dengan kerjasama P44irate Scuba telah menganjurkan Program Eksplorasi Khazanah Laut - Pensijilan Professional Scuba Diving Open Water Certification (OWC) & Advanced Advanture Diver yang telah berlangsung pada 24 hingga 29 Oktober 2021 di Pulau Tioman, Pahang.

Seramai 36 orang pelajar Diploma Pelancongan Rekreasi daripada semester 3 dan 4 serta 4 orang pensyarah JPH iaitu Cik Nadiahtul Aini, Cik Fadhilah, Puan Hanisah dan En Jeffry telah dianugerahkan pensijilan profesional lesen OWC, manakala Pn Nur Fadhilah Mat Ariffin dan Cik Norsuriaty telah mengambil Pensijilan Profesional Lesen Advanced Advanture Diver. Tambahan seramai 21 orang pelajar dari Diploma Pengurusan Pelancongan juga telah mengambil Discovery Scuba Diving (DSD).

Kemuncak program ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Haji Hassan Bin Ismail dengan memasang Acrylic Program Eksplorasi Khazanah Laut di bawah laut iaitu di Salang House Reef sebagai tanda kenang-kenangan program.

Syabas dan tahniah kepada semuayang terlibat di dalam menjayakan eksplorasi yang julung-julung kali diadakan.



SEKALUNG TAHNIAH

 

Sekalung tahniah diucapkan kepada Dr. Nornajiha binti Kamdi di atas kejayaan memperolehi Doctor of Philosophy dalam bidang Hotel & Tourism Management. Beliau merupakan salah seorang daripada pensyarah di Jabatan Pelancongan & Hospitaliti. Semoga beliau akan terus cemerlang di dalam kerjayanya dan mencurahkan segala ilmu dan kepakaran beliau kepada pelajar.

TAHNIAH SAHABAT