Monday, January 10, 2022

PROGRAM EKSPLORASI KHAZANAH LAUT

 

Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti PMS dengan kerjasama P44irate Scuba telah menganjurkan Program Eksplorasi Khazanah Laut - Pensijilan Professional Scuba Diving Open Water Certification (OWC) & Advanced Advanture Diver yang telah berlangsung pada 24 hingga 29 Oktober 2021 di Pulau Tioman, Pahang.

Seramai 36 orang pelajar Diploma Pelancongan Rekreasi daripada semester 3 dan 4 serta 4 orang pensyarah JPH iaitu Cik Nadiahtul Aini, Cik Fadhilah, Puan Hanisah dan En Jeffry telah dianugerahkan pensijilan profesional lesen OWC, manakala Pn Nur Fadhilah Mat Ariffin dan Cik Norsuriaty telah mengambil Pensijilan Profesional Lesen Advanced Advanture Diver. Tambahan seramai 21 orang pelajar dari Diploma Pengurusan Pelancongan juga telah mengambil Discovery Scuba Diving (DSD).

Kemuncak program ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah Politeknik Muadzam Shah, Tuan Haji Hassan Bin Ismail dengan memasang Acrylic Program Eksplorasi Khazanah Laut di bawah laut iaitu di Salang House Reef sebagai tanda kenang-kenangan program.

Syabas dan tahniah kepada semuayang terlibat di dalam menjayakan eksplorasi yang julung-julung kali diadakan.



No comments:

Post a Comment

TAHNIAH SAHABAT